Dari Abdullah bin 'Amr r.a, meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, "(Pada hari pengadilan kelak) akan dikatakan kepada orang Al-Quran, " Bacalah Al-Quran dengan tartil sebagaimana kamu membacanya di dunia dan naiklah (darjat demi darjat di dalam syurga). Sesungguhnya tempat (kedudukan) kamu adalah pada ayat terakhir yang kamu baca."
Hadis Riwayat Ahmad, Tirmizi, Abu Daud, Nasai, Ibnu Majah dan Ibnu Hiban dalam sahihnya.